Apakah Takaful

Apakah Takaful?
 
Takaful adalah pelan perlindungan berdasarkan prinsip Syariah. Anda mencarum sejumlah wang ke dalam dana takaful dalam bentuk caruman penyertaan (tabarru'). Anda memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkan anda menjadi salah seorang peserta dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.
 
Perkongsian lebihan
  • Satu ciri unik bagi pelan takaful adalah perkongsian lebihan dana antara anda dengan pengendali takaful berdasarkan nisbah yang telah dipersetujui
  • Lebihan tersebut diperoleh setelah ditolak belanja seperti tuntutan,takaful semula, rizab teknikal dan belanja pengurusan
  • Anda layak berkongsi lebihan ini sekiranya anda tidak membuat apa-apa tuntutan dalam tempoh takaful
Majlis Pengawasan Syariah
 
Sebagai langkah memastikan pematuhan prinsip-prinsip Syariah:
  • Pengendali-pengendali takaful dikehendaki menubuhkan Majlis Pengawasan Syariah untuk memberi nasihat kepada pihak pengurusan dan memastikan bahawa aktiviti-aktiviti mereka mematuhi prinsip-prinsip Syariah
  • Majlis Penasihat Syariah Kebangsaan bagi Perbankan Islam dan Takaful telah ditubuhkan di Bank
  • Negara Malaysia (BNM) untuk memberi nasihat kepada BNM tentang aspek-aspek Syariah bagi operasi institusi perbankan Islam dan pengendali-pengendali takaful serta produk dan perkhidmatan mereka.